Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 26 Oktober 2017

Adiwiraku..5 Sains 2017.

Ini kisah Adiwiraku. Hampir sama macam filem Adiwiraku lakonan hebat Sanggeta Krishnasamy dan para pelajar SMK Pinang Tunggal. Saya menitiskan air mata tanpa paksaan masa tengok filem itu.Semua lahir dari jiwa. Filem tentang perjuangan dan pengorbanan guru sudah semestinya meresap sampai ke urat nadi..kerana roh filem itu ialah kami. Guru yang mengajar di sebuah sekolah biasa namun punya mimpi yang luar biasa.
Di kelas saya..ramai adiwira yang hebat.
Salah seorangnya Muhamad Kamal Arif. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti Kamal Adli ada saingan. Kamal Arif. Saya terkejut apabila jurulatih drama sekolah kami Pinky Umairah ambil Kamal untuk watak Azmer dalam drama Bukan Gila.Pinky Umairah hampir gila. Sayapun sebagai salah seorang tenaga pengajar hampir gila.Sebabnya setelah berbulan-bulan latihan Kamal Arif tak gila.Sikitpun dia tak nak jadi gila.Control macho.Aduhai,saya hampir putus asa.
Lagi dua hari sebelum pertandingan drama Komsas peringkat daerah, saya cakap pada Kamal..Awak belum cukup gila? Kalau awak tak gila..impian sekolah kita nak jadi Johan Daerah akan tinggal impian..Kesian tengok Pinky Umairah alias Zaimah Hussein berhabis tenaga dan nyawanya untuk team.Namun Kamal Arif insan yang layak digelar adiwira.Bayangkan from zero to hero.Dia tunjang utama membantu SMK Jeram menjadi Johan Drama Komsas peringkat daerah.Lebih mengejutkan dia tiba -tiba jadi gila dan dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.Adiwiraku...kalau dalam filem itu ,SMK Pinang Tunggal buat pertama kali menang tempat kelima antara 20 sekolah dalam daerah Yan, namun Adiwiraku...versi SMK Jeram....kami menang tempat pertama dan jadi Johan Daerah menewaskan SMSains yang unggul dalam pertandingan ini.Bukankah ia suatu sejarah.Beraksi di peringkat negeri pula Kamal Arif dan rakan- rakan dari Group Teater Semerah Padi pulang dengan trofi Anugerah Khas Juri.Bangga sangat guru dan pelajar SMK Jeram,sebab bagi sebuah sekolah luar bandar yang jarang mendapat tempat,anugerah ini memberi pengertian yang besar..It's a big dream. Sama macam SMK Pinang Tunggal,

Seterusnya ramai lagi Adiwiraku ...dari kelas 5 Sains 2017.Antaranya Irlyani Nawarah,yang bukan setakat cemerlang akademik bahan cemerlang koakademik.Nani yang sempoi orangnya,  gadis kampung berjiwa besar.Dia meminati bahasa Inggeris dan tak pernah berasa kerdil untuk bertutur bahasa Inggeris.Nani berjaya menjulang Naib Johan English Debate peringkat daerah dan Johan Scrabble dengan rakan sekelas Azreen yang tak kurang hebat.Nani juga satu-satunya yang dapat straight A dalam Trial Exam.Tahniah..Nani, selalu positif,smile always,a cute little girl ! Selain Nani,kelas saya ada Perempuan Melayu Terakhir iaitu Aina Shazwani.Aduhai,sama macam gambaran lagu Gadis Melayu...Aina sangat mempersona. Sopan, kurang bercakap namun otak berisi. Seorang lagi Hafidzahidah...yang ini senyumannya berharga 10000 rupiah. Tapi diam Hafidzahidah adalah diam seribu makna. Dia antara top 5 di sekolah.Rasanya selain Kamal Arif yang akan jadi saingan Kamal Adli,paman Hakim juga popular.Dia ketua pengawas yang top. Jangan main-main anak kampung Bukit Kerayong ini pernah jejak kaki ke Bulgaria tahun 2015, di bawah program Ascef..bersama Cikgu Masinah Sahid. Dapat Gold Medal lagi.Hakim saya gelar Fattah Amin sebab dia pemuda kampung yang smart dan branded.Penampilannya urban! Seorang lagi top guys Ashrafi..yang ini pula dah jejak kaki ke Italy semasa program Persahabatan Antarabangsa dengan seorang lagi gadis cantik bermata  bundar Aisyatul Amaniyah yang jadi rebutan dalam diam.World sangat anak anak saya 5 Sains 2017.Semua layak digelar Adiwiraku! Sebut tentang Aisyatul teringat Nabil. Anugerah untuk mereka berdua ialah pasangan paling meletop!Panjang ceritanya namun kalau tak usik mereka berdua kelas 5 Sains macam lagu tanpa irama,Seorang lagi beautiful person in my class...Zahirah atau nama panggilan saya untuknya Zahirah Mac Wilson. She's a person without a mask! Kecoh,gila- gila ,kadang nampak terlalu naif sampai nama presiden Amerika disebutnya Donut Trumph.Sehari tanpa dengar suara Zahirah saya rasa down sangat.
Bercerita tentang semua Adiwiraku di 5 Sains 2017,rasanya 1001 Malam tak habis.Sebagai guru Sejarah dan guru kelas terlalu banyak kenangan suka duka senyuman tangis  saya kongsi dengan mereka. Tragedi yang menimpa Aidil...alhamdulilah dia masih kuat walau hatinya saya tahu menyimpan erat duka nestapa. Hafizuddin dengan penyakit yang belum kunjung kebah.Mereka berdua adalah lakaran hitam ungu dalam kanvas kehidupan saya sebagai guru kelas! Begitu juga Ismart atau Beto Khusyairy nama glamournya, kerana wajah mereka hampir seiras. Semoga kesusahan, kepayahan tak menggagalkan cita-cita Ismart untuk menjadi Ketua Polis Negara. Pada yang lain ,Hasif, ketua kelas yang handsome,Zul orang Perak yang sado, Haikal yang bercita-cita jadi pilot..kamu semua Adiwiraku....Cikgu selalu sayang kalian tanpa syarat!Begitu juga semua anak-anak perempuan Adiwiraku!Ayu yang selalu ayu. Disebelahnya Ain Sakinah yang tak kurang ayu..ala-ala Fazura.Syarafana yang lembut tapi kalau berpidato kalah Dr Muhaya. Farah yang cantik macam Hanis Zalikha. Anis yang tabah dan kuat sebenarnya...I can see through her eyes.Aqilah yang tenang...minah cool.Hazikah yang sangat patriotik dan berjiwa serikandi. Dia satu-satunya wanita yang sudah pegang senjata, rela mati demi negara! Izatti yang semakin rajin, semakin cemerlang.Aishah yang comel sangat,selalu merenung jauh masa depan.Firda yang penuh misteri,diam namun penuh fantasI.  My lovely...the only sweet Indian girl,Hisshantini!
Kemudian si Umie yang kecil-kecil cili padi, kelakar dan peramah.
Percayalah walau cikgu mengajar kamu Sejarah dan cikgu tahu cikgu terpaksa bersaing untuk mengambil tempat di hati kamu,kerana kamu pelajar aliran Sains yang sangat teoritikal dan matematikal .Namun cikgu yakin ada sedikit ruang kosong yang kamu simpan untuk matapelajaran Sejarah dalam hati kamu.Sebab kita semua  tahu tamadun Yunani yang agung itu dipenuhi manusia yang seimbang pendidikannya, antara disiplin Sains dengan disiplin kemanusiaan seperti Sastera,Pidato dan Muzik.Tamadun China yang hebat juga menekankan disiplin ilmu kemanusiaan sebagai subjek wajib.Cikgu mengajar Sejarah dengan niat kamu bukan sekadar lulus cemerlang A plus namun cikgu sedang menyemai benih-benih patriotisme agar kamu semua jadi aset negara yang cemerlang,gemilang lagi terbilang! Cikgu jarang bercakap hati ke hati dengan kamu sebab kamu semua adiwira yang selalu rasional bukan emosional. Namun Adiwiraku sekalian, kali ini biar lah tinta ini berbicara. Sexungguhnya cikgu amat sangat menyayangi kalian. Sayang itu terasa kian hari kian dalam menjelang perpisahan kita beberapa minggu lagi.Kalianlah Adiwiraku.... 5 Sains 2017..





Sabtu, 7 Oktober 2017

Kenangan Percutian Di Ipoh..Let's Visit Perak 2017.!

Hujung tahun dalam kesibukan urusan persekolahan, saya sempat meluangkan masa mengunjungi pekan Ipoh. Menunaikan janji buat si kecil yang dapat result cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun,saya dan suami memilih Taman Animasi Ipoh dan Taman Rekreasi Gunung Lang. Teruja dengan keindahan pemandangan gunung batu kapur di sana. Ipoh rupa -rupanya banyak tarikan pelancongan semulajadi. Tapi suami saya yang suka melancong sambil mencari tempat makan yang sedap teruja dengan Roti Goyang ala kopitiam di Medan Selera Dato  Sagor. Saya rakamkan memori bersarapan pagi di Medan Selera Dato Sagor. Sangat patriotik,itu yang saya rasakan.Di Malaysia lazimnya Medan Selera dibina mengikut kaum. Walaupun sudah 60 tahun merdeka kita masih ada perasaan prejudis terutama apabila menyentuh soal makanan.Isu haram halal memang wajar menjadi keutamaan. Namun sebagai warga negara yang patriotik, kita sewajarnya mencari titik tengah dan ruang kemesraan tanpa mengenepikan isu halal haram. Perasaan terusik melihat orang Melayu ,Cina dan India bebas makan apa apa sahaja dari gerai sebelah menyebelah .Tuan punya gerai Mi Kari Ipoh yang kami order ,dengan senyuman rumah tolong menghantar pesanan Roti Goyang Ipoh dari gerai Cina kemudian tolong order
Roti Canai kuah kari dari gerai India Muslim yang terletak sebelah menyebelah.Boleh pula dia tolong kutip bayaran walaupun kami duduk di gerainya .Wah, hebatlah orang Ipoh.Patutlah dulu ada slogan yang polular tentang orang Ipoh. "IPOH MALI TALAK SOMBONG"!
Medan Selera Dato Sagor menawarkan pilihan menu sarapan yang lain daripada yang lain..citarasa Perak...yang sedap!
Di sini semua senyuman ikhlas..no politics just eat!
Terima kasih suamiku En.Rahmat Dalimun..rajin bawa kami jalan...
Sesekali duduk makan santai  bersama....terasa inilah Malaysia...

Antara pic yang saya rakam di Medan Selera Dato Sagor Ipoh....
Makanan sedap dan murah,resepinya keikhlasan dan kasih sayang.
Naik bot 10 minit untuk sampai ke Taman Rekreasi Gunung Lang
Antara pic yang sempat saya rakam sewaktu naik bot
 Patutlah tempat ini jadi pilihan fotoshoot wedding...indah sangat!
 Laluan sepanjang gunung batu kapur..boleh juga berbasikal
 Pemandangan macam dalam filem kungfu
 Bot yang membawa pelancong di tasik yang tenang...
 Suasana dalam taman di seberang jeti..terpana sebentar..sesayup mata memandang
.

Lain pula ceritanya di Taman Animasi Ipoh.Taman ekslusif pertama di Asia Tenggara dengan konsep animasi itu merupakan tempat percutian yang agak mahal.Daripada harga tiket hinggalah harga makanan yang semuanya mahal.Secara peribadi saya lebih menggemari Lost World of Tambun yang bukan sahaja menjanjikan lanskap indah,taman tema dan pantai buatan selain menerapkan unsur sejarah tanah air dengan aneka juadah yang pelbagai dan harga yang jauh lebih fleksibel.
Animasi Moana...masih dalam pembinaan...coming soon!
Drift Show mengingatkan saya pada filem KL Drift...
Berbaloi beratur panjang...Drift Show ini buat saya kecut perut!



Legenda animasi Smurf...penuh fantasI. 
 Terowong masa...best pengalaman masuk ke sini...
   Konsep animasi dan fantasi memenuhi segenap ruang...
 ...Di  sini ada teater live Mr.Smurf Show..




Namun pengalaman di Taman Animasi pastinya menjanjikan kelainan terutama pengalaman menonton Boboboi 4D dan Drift Show.Aduhai,berbaloi rasanya beratur panjang. Animasi Boboboi menjadikan rakyat Malaysia bangga kerana karikaturnya setanding animasi luar negara.Namun  saya dapati selain Panggung Boboboi, hiasan, lanskap, suasana dalam Taman Animasi kurang mencerminkan jiwa Malaysia. Mengapa tidak diketengahkan animasi Malaysia yang lain? Bukankah ini peluang terbaik menonjolkan animasi berwatak Malaysia di peringkat global.Lantas saya terbayang animasi Upin, Ipin,Raju,Gopal,Jarjit Singh ,Kak Ros, Uncle Muthu dan lain lain.Pada saya mereka lebih umphh daripada Smurff!






Solihin nampak letih masa Drift Show..Dia mengakui takut dan pening kepala..
Terkejut tengok aksi lagak ngeri pelumba kereta dan motorsikal..
Apa -apapun mama dan ayah dah tunaI janji..ha ha ha..


Sebelum berangkat pulang kami sempat singgah di Masjid Muhammadiyah, sebuah masjid Cina Muslim yang terkenal. Syukur dapat juga menjejakinya. Subhanallah indahnya panorama dengan senibina Cina berlatarkan warna merah yang mendominasi segenap ruang
 Pintu masuk masjid Muhammadiyah...Tasek Ipoh....
 Kita semua saudara...tulisan ini menyentuh hati saya....

 Pemandangan dalam ruang solat..subhanallah!
 Senibina berdirikan Cina...warna merah mendominasi ruang...
Masjid ini memberi suatu persepsi bahawa Islam itu universal dan sejagat
Terletak dalam sebuah taman perumahan orang Cina ...ia menjadi simbol perpaduan kaum dan toleransi.Benarlah Islam itu indah!!!!!
Let's Visit Perak 2017..Sebagai orang Perak,teman bangga dengan negeri kelahiran teman. MOH KE PERAK..Visit Perak Year 2017...


Anak saya teruja dengan lukisan di bilik wudhu..Kungfu Panda!


Jumaat, 11 Ogos 2017

Kembara History Band 2017


Menyanyi sambil belajar .Barangkali ia anafora yang mudah untuk mengingatkan kita tentang bagaimana mudahnya kita menghafal huruf ABC ketika  zaman tadika .Menyanyi sambil menghafal fakta sejarah juga seperti itu.Seronok,enjoy tiada tekanan.Itu pengalaman saya bersama Cikgu Norma,Zaimah Umairah , dan pemain gitar kami Sidek.Tiada istilah bosan pada wajah  pelajar -pelajar di beberapa buah sekolah iaitu SMK Sultan Abdul Aziz ,SMK Seri Tanjung, SMK Raja Muda Musa , SMK Rantau Panjang dan SMK Sultan Sulaiman.
Pengurus pasukan kami, Cikgu Norma memang bijak dan kreatif.Pilihan lagu- lagu yang disuntik dengan fakta Sejarah meliputi semua genre ...daripada rock kapak, dangdut, balada ,bollywood , daripada lagu I'm Me , Dato Seri Vida hinggalah lagu Despecito yang viral sekarang.Kami pinjam melodinya dan parodikan jadi nota sejarah
Terima kasih Zaimah Umairah , bakat seninya banyak nembantu urusan kami cikgu - cikgu Sejarah yang cuba menjadikan pedagogi itu suatu seni yang menarik minat generasi Y.Terima kasih Sidek,guitaris kami yang ala ala pro, memetik gitar bukan dengan jari tapi dengan jiwa.
Jutaan terima kasih khusus buat Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor Puan Zulimah Mukid yang percaya dan seterusnya mengangkat nama History Band SMKJ di peringkat daerah.Dengan objektif murni untuk nembantu murid GALUS .program ini  asalnya experimen guru - guru SMK Jeram yang berani dan berfikir out of box seperti Cikgu Norma dan saya sendiri,cikgu yang gila dan sanggup jadi apa saja asalkan budak minat belajar...
Seronok tengok Jason di SMK Raja Muda Musa yang datang dan angkat tangan
 dengan jujur menyatakan dia anti  Sejarah tapi masa refleksi menyatakan bahawa minatnya berubah daripada  0 kepada 70 peratus selepas mengikuti program ini.Jason yang datang dengan wajah kelat tersenyum girang selepas mendengar lagu Despecito versi Zaman Reinaissance..
Jom  belajar sambil menyanyi. LAYARI INSTAGRAM officialhistorybandsmkj.

Zaimah Umairah talented dan mampu menyanyi dengan baik.
Sidek yang handsome ala ala Rhoma Irama...


Always perform dalam setiap show....
Happy....enjoy...mudah ingat fakta.Remaja dan muzik..Irama dan lagu!
Lepas nyanyi alhamdulilah semua mampu jawab soalan..penangan History Band
Wajah riang pengurus History Band
Sebahagian besar peserta di dewan Rafiulin

Persembahan santai ...Kerajaan Maritim Kedah Tua ..

Ahad, 25 Jun 2017

Siber Dan Kita

Siber.Ia macam satu seorangan pada kita rakyat Malaysia.Sewaktu pulang bercuti dan berhari raya saya mengharamkan anak saya membawa gajet ke rumah saudara mara. Saya cakap mama tak mahu kamu masuk ke alam maya di rumah saudara mara kita di kampung. Nanti kamu akan hilang nilai kemanusiaan. Tapi saya sendiri susah untuk tak menghadap gajet. Dengan group wassup dan telegram sekolah, dengan aplikasi online yang memberati tugas saya ,saya kelihatan gila gajet di mata anak saya.Jadi sukar juga mengawal keaktifannya bermain gajet.
Baru-baru ini saya link blog ke facebook untuk mencari teman sekuliah di USM.Subhanallah facebook merupakan anugerah kepada manusia abad ini. Saya dapat bertemu ramai rakan sekuliah dan bekas anak murid. Silaturahim pun bertaut kembali. Namun tidak semua yang polos, mulus dan baik ada dalam talian gajet. Ketika jemari bertaut di dunia siber, teknologi sebenarnya adalah suara dan wajah tanpa kejujuran dan peri kemanusiaan. Seribu teman dalam talian maya tak setanding seorang teman di alam nyata.Mulai saat ini saya akan pilih dan saring teman alam maya...hanya yang saya kenal di alam nyata. Mungkin dalam proses saringan itu saya terbuang permata dalam celahan kaca...namun tidak mengapa..Saya tidak bersedia dengan serangan privacy yang mengganggu kebahagiaan. Buat teman yang saya putuskan silaturahim di alam maya....maafkan saya.Saya insan biasa yang lemah!
Saya terbayang Malaysia 10 tahun yang  lalu dan 10 tahun mendatang. Di tengah -tengah serangan raksasa   teknologi yang mengaum ganas ,monumen jati diri bangsa kita semakin runtuh. Kesetiaan,kasih sayang, kejujuran, kesederhanaan, keimanan mampukah kita pertahankan jiwa Melayu kita...?
Kita tak mampu jadi bangsa yang teguh tanpa memperkasa nilai-nilai insan
Saya tak mampu jadi ibu mendidik anak, menumpahkan setia tak berbelah bagi pada suami jika saya sendiripun tergelincir dari landasan walau hanya satu meter perumpamaan. 



Aduhai,anak-anak...bangun tidur terus menghadap gajet.........??????????

Aidil fitri Datang Lagi


Mak,Aidil fitri datang lagi
Di meja nostalgia aku terbayang
Ketupat palas, gulai daging
Enaknya air tanganmu .

Mak,Aidil fitri datang lagi
Harum kemboja di tanah pusaramu
Mencarik rindu
Tak kunjung padam .

Mak,Aidil fitri datang lagi
Di pohon kenangan pilu
Dahan rapuhnya
Pernah gugur berderaian.

Mak,Aidil fitri datang lagi
Tahun ini halaman kemesraan kami
Ditumbuhi bunga -bunga silaturahim
Titipan indah dari syurga IlahI

Mak,Aidil fitri datang lagi
Satukan hati kami
Anak -anak dan cucumu
Yang selalu mengingatimu
Dalam kasih paling abadi.