Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Selasa, 13 September 2016

Jiran Bapa Saya Yang Patriotik

Jiran bapa saya di Taman Serai Jati Bagan Serai Perak sangat patriotik.Menjelang  31 hb Ogos ketika kebanyakan rumah menggantung Jalur Gemilang, dia menggantung bendera Union Jack dan bendera Jepun secara kronologi mengikut turutan zaman pra -merdeka.
Gambar -gambar di bawah memperlihatkan kreativiti jiran bapa saya yang tidak mahu namanya ditulis di sini.
Gambar dari hadapan pagar rumahnya mengundang perhatian terutama bendera Jepun yang berlubang -lubang seperti kena tembakan.
Saya tak melepaskan peluang selfie di hadapan rumahnya. ..bendera putih kosong melambangkan zaman peralihan Jepun kepada British atau zaman MPAJA
Lanskap halamannya juga indah dan menarik
Ibu tiri saya Puan Halimaton Sadiah pula tertarik dengan kolam ikan. ...


Ahad, 11 September 2016

Kenangan ( Pengkisahan Melaka...Khabar Yang Tidak Pernah Diketahui Orang...

Saya tahu saya mengambil risiko yang besar kerana hanya 5 daripada 30 orang pelajar  pernah terlibat dalam persembahan drama . Mereka ialah Shahida Hamidon, Aizat NurAin, Eby Saiful, Rafiudi Samsusah dan Mohd Zamri. Pengalaman berlakon pertandingan drama Komsas dengan tajuk Mahkamah memudahkan mereka memegang watak utama untuk pementasan ini. Lebih memudahkan saya Aizat pemegang award Pelakon Wanita  Terbaik  manakala Rafiudi Samsusah pemegang award Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Pada saya kerja pementasan bukan kerja enjoy, bukan kerja suka-suka. Saya selalu pesan pada anak-anak didik  saya.Pementasan adalah tanggungjawab. Jika mesej persembahan baik dan sepanjang latihan tidak melanggar batas -batas pergaulan ,pentas kanlah teks apa -apa sekalipun.
Tapi anak -anak murid saya yang lain dari kelas 5 Ekonomi pandai membesarkan diri. Walaupun diberi sekecil-kecil watak merdeka berusaha memberi yang terbaik. Misalnya watak sebagai tentera upahan Melaka, watak orang Portugis yang tamak sehingga semua harta rampasan kerajaan Melaka dimuatkan dalam kapal yang kecil,  dihidupkan sepenuh .hati Begitu juga dayang -dayang istana, serikandi Melaka semua sempurna bagi tahap 2 hari latihan. 
Eizlan sebagai sejarahwan Godinho Eredia, Iman Hakeem sebagai Caspar De Correa semuanya mencuit hati penonton.
Begitu juga Fariz yang memegang watak Sultan Mahmud Syah. Mereka berjaya mengatasi cabaran pementasan yang bertukar tempat secara drastik dari tapak perhimpunan yang luas ke dewan sementara yang sempit, kerana pagi itu hujan rahmat turun membasahi bumi.. Saya bisikkan pada mereka, kuasa Allah....Allah ada perancangan yang lebih baik daripada manusia. ...
Semua untuk melegakan resah mereka kerana tidak dapat beraksi di tapak perhimpunan. ..
Kredit untuk anak-anak muridku dari kelas 5 Ekonomi (Shida,Aizat,Zamri,Anwar Fariz, Najwa,Sakina,Alia, Iqbal,Eizlan,Hafizul, Fikri,Zaqwan,Farawanie , Nasrullah,Aidil,Faez Daniel,Shiela,Farha,),juga 2 orang   pelakon drama Komsas iaitu Rafiudi 4 Akaun dan Eby Saiful 3 Budi.


Watak Ferdinand Maggelan dan Henry the Black...kisahnya penuh inspirasi dan kontroversi 
Kelas 5 Ekonomi pelajar lelakinya ada skill baik dalam pelajaran mahu pun pementasan...

 Shahida Hamidon...alunan Bahtera Merdeka.....lagu patriotik yang jarang didendangkan.
Banyak pengalaman yang mereka dapat daripada pementasan ini,kerana rangkuman fakta Sejarah, disiplin dalam sebuah team dan penghayatan seni  persembahan.
Mengikut catatan Godinho Eredia,Melaka tak kalah kerana senjata.
Ketika Portugis menjajah Melaka,mereka telah merampas 3000 pucuk meriam yang diperbuat daripada besi dan tembaga.TenteraMelaka pula telah melarikan  5000 pucuk meriam sebelum jambatan Melaka roboh.
Melaka tak kalah kerana senjata.
Jadi Melaka kalah kerana apa?
Melaka kalah kerana rakyatnya tidak pernah belajar erti setia pada negara
Melaka kalah kerana pemimpinnya   tidak pernah takut erti dosa..

Salam ulangtahun kemerdekaan ke- 59  tanah air tercinta.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!




Jumaat, 9 September 2016

Kesultanan Melayu Melaka Tema Majlis Penutup Sambutan Bulan Merdeka

Kami bawakan tema ini supaya pelajar terasa akan  kehebatan dan kemasyuran empayar Melaka..
Bayangkan satu sekolah daripada pentadbir, guru-guru dan pelajar memakai pakaian dengan konsep tersebut. Sungguh ayu barisan guru -guru wanita dengan selendang di kepala berkain batik selit bunga sekuntum. Guru-guru lelaki pula bersetanjak dan berbaju Melayu lengkap. Sportingnya Tuan Pengetua menjadi Sultan Melaka diapit wajah ayu permaisuri Melaka yakni Ketua Bidang Kemanusiaan Puan Maria bt Ghanib dan Puan Hajah Salbiah bt Ibrahim selaku PKHEM.Yang lain -lain merasa juga jadi Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung...Teruja perasaan duduk di singgahsana. ...
Bendera gergasi hasil tangan Panitia PSV
Tuai padi antara masak...esok jangan layu layuan
Semarakkan perpaduan kepelbagaian kaum kekuatan kita
Barisan pembesar istana Melaka
Selfie dengan ketua panitia Bahasa Melayu Puan Hafsah
Saya memilih konsep penceritaan the untold stories. ..kisah Melaka dari perspektif sejarahwan ternama dan catatan Portugal sendiri
Barisan kekanda kekanda yang jelita  menawan kalbu
Anak anak SMKJeram sebagai rakyat Kesultanan Melaka. ..
Barisan pelakon pelakon team Malacca TheUntold Stories atau Melaka ...Khabar Yang Tidak Pernah Diketahui Orang ini cukup ramai melibatkan hampir 30 orang pelajar kelas 5 Ekonomi......tahniah semua anak anakku. ..persembahan kamu buat titisan airmata keinsafan jatuh berderaian....sayang dari bonda Tun Fatimah....