Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Isnin, 30 Mei 2016

Diari Cuti Penggalku (Dalimuns Family Day)

Kesibukan bertugas membataskan interaksi namun sesekali tembok penghalang itu harus dirobohkan demi sebuah jalinan persaudaraan.Hari pertama cuti penggal saya mengikuti Hari Keluarga Dalimun di Kalumpang Resort Hulu Selangor. Tempatnya memang superb, cantik dan sesuai.Deruan air sungai,kolam renang untuk si kecil ,surau untuk solat berjemaah dan tahlil serta pentas terbuka untuk karoeke.Ada juga padang kecil untuk outdoor games dan kolam renang dewasa untuk water games.Gambar gambar di bawah melakarkan kenangan Hari Keluarga Dalimun yang diadakan pada 28hb Mei yang lalu.

Setiapkali Family Day..Solih orang paling gembira...
 Rahmat Dalimun is our big bos today
 Acara bebas mandi manda di jeram...dingin dan sejuk.......
 Sukaneka paling mencabar pancing ikan dalam botol
 Kumpulan Satu unggul dan jadi johan
 Our big bos today Rahmat Dalimun ikut jadi peserta
 The little Dalimuns yang akrab kerana hampir sebaya...ke hulu ke hilir sama
Ini UmiZura Dalimun...yang buat persembahan Memori Berkasih..wewit!
Ini juri profesyenel karoeke contest ...bekas penyanyi kampus USM
Ke mana tumpah kuah ....Ummu Faten dan Hanif mantop...anak Umrah Dalimunlah katakan   hi hi hi!
 Majlis tahlil dan yassin...
 Tidak lupa buat yang telah pergi ...
 Umrahs family...yang happy and happening
 Ini Raisha Sakinah yang paling comel
 Tina...from Rizal and Fisah family
 Memanjang mandi tak mahu naik....Tina,Keri,Puteri,Una and Solih
Wow wow wow...masa karoeke nobody can fight Wak Takim and Wak Epit...agogo J Sham
Pagi sebelum pulang....semua berendam
 Sweet nostalgia ....di hadapan challet Merak
Saya memilih lagu Perasaan Hatiku duet dengan Rahmat Dalimun yang suaranya macam Broery...ha ha ha puji suami sendiri .tapi lupa nak snap foto...kalahpun tak apa sebab saya menyanyi dari hati hanya untuk memenangi hatinya.....CIA CIA CIA ...

Khamis, 19 Mei 2016

AKU MAHU JADI GURU YANG BAHAGIA......

Aku tidak mahu jadi guru yang cemerlang
Kerana aku tahu bukan semua guru yang cemerlang itu bahagia
Tapi guru yang bahagia
itulah guru yang cemerlang.

Aku tidak mahu jadi guru yang hebat di  atas  kertas
Kerana aku tahu bukan semua guru yang hebat di  atas  kertas itu bahagia
Kerana guru yang bahagia
hanyalah  guru yang bertakhta di hati anak-anak didiknya...
Anak murid saya dari kelas 4 Teras
Kenakalan dan riuh-rendah mereka irama hidup saya..
Kalau masa belajar  jangan harap mereka dapat bermanja macam ni...

Mohd Asraf....Syafikah..Hanif....Firdaus...Alif Najmi....Rahman.....Kartik Dasu ...Tee Cai Xin...Pavitra...Shalini...Tibahtaarani..Amala..Danil ..Azura..Khairul ..Shahril...Kausalia...Hariharan.....
Batusha...Zuraini...Shahira....

Merekalah warna warni hidup saya di sekolah.Adakalanya gelagat meteka buat saya melenting marah dan mengamuk..
Namun akal waras saya berkata- kata.

Adakah mereka sebenarnya bermasaalah?
Atau saya sebagai guru yang belum cukup terlatih menangani masalah mereka?

Sewaktu duduk- duduk bersembang dan menyelami isi hati mereka saya  sedar mereka juga manusia ..punya hati dan perasaan...
Walaupun hanya mampu belajar  di kelas paling akhir  namun mereka juga punya harga diri.

Sayalah yang harus menaikkan harga diri dan rasa percaya diri itu.
Mengapa tidak?
Bukankah itu perjanjian antara saya dengan Tuhan Rabbul Izzati

Terkesan dengan motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah dalam Sepahtu Sinar ...
Tidak ada anak yang tidak menjadi
Setandan kelapa ada yang komeng.
Tapi manusia tidak sebab manusia sebaik-baik kejadian.
Namun penilaian kitalah yang mengatakan anak itu tidak menjadi.

Kepada pelajar saya di Kelas 4 Teras
Bersabarlah dengan leteran saya. Itu tandanya semangat perjuangan saya untuk mendidik kamu masih meluap-luap....
Semoga kamu semua jadi insan berguna untuk agama, bangsa dan tanah air...insyaallah.
Jika bukan hari ini suatu hari nanti.........
Dan saya sebagai guru kamu harus sabar menanti dan berdoa erti suatu hari nanti!


Rabu, 18 Mei 2016

Saya Sayang Kamu Kerana Kamu Nyawa dan Jantung Saya.

Salam pertemuan,
Kesibukan mengejar date line tugas-tugas perguruan membataskan ruang untuk mencurah perasaan dalam blog.
Walau tangan sudah rindu menekan punat komputer.
Hati sudah menghimpun perasaan bagai empangan mahu pecah.
Namun harus saya tunggu masa yang benar-benar lapang dan selesa untuk mencetus idea dalam blog.
Hari Guru tahun 2016 baru sahaja berlalu.Sekolah sayapun belum menyambutnya dengan rasmi.
Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun.Kami bergelut untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan.
Sebut tentang kecemerlangan. Kecemerlangan akademik KPI utama alaf ini. Semua pihak berlumba-lumba mengejar kecemerlangan . Di sini saya ingin merakamkan tahniah ekslusif untuk anak-anak murid saya yang telah menamatkan SPM pada tahun 2015, khasnya untuk 2 kelas 5 Dinamik dan 5 Efisien. Walaupun result mereka biasa-biasa sahaja,maklumlah bukan kelas hadapan,Namun mereka berjaya juga menempatkan diri meneruskan pelajaran.
Nurul Sazhwani Samuri masuk ke Tingkatan 6 di kolej pra universiti Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Selangor. Dia satu-satunya anak murid saya yang pilih Tingkatan 6. Saya tahu dia kuat dan mampu hadapi cabaran di situ. Terbukti setelah melihat anjakan paradigmanya .Sewaktu saya mula-mula mengenalinya semasa Tingkatan 4 , dia pemalu, pendiam dan rendah diri. Saya berhasil menggilap potensi besar dalam dirinya melalui aktiviti kesusasteraan misalnya drama,pantun dan puisi. Saya bersyukur dalam ramai-ramai anak murid saya, dia umpama satu-satunya benih yang saya semai di ladang dan tumbuh jadi sekuntum bunga yang mekar kembang.Minat dan bakatnya dalam dunia penulisan semakin berkembang.Sazhwani telah beberapa kali memenangi hadiah dalam pertandingan penulisan kreatif.
Siti Nurhaliza yang pendiam pula memilih bidang Kulinari dengan tajaan. Nasib Siti malang sekali. Semasa menduduki peperiksaan SPM rumahnya dilanda banjir. Namun dia masih mampu dapat A untuk subjek Sastera Melayu.Ainin Sofea yang comel dan gila KPOP pula memilih bidang Kesetiausahaan ,juga dengan tajaan. Sekadar menyebut beberapa nama ,(Ini cerita anak-anak perempuan saya dari kelas 5 Dinamik yang mendapat keputusan sederhana cemerlang.)
Namun bagi saya mereka sangat hebat. Mereka berjaya merenangi  lautan ilmu yang luas dengan gelora yang membadai. Saya tahu bukan mudah pelajar- pelajar kelas belakang ini mengecap nikmat kejayaan. Perit.Getir.Payah. Dengan kemampuan akademik yang terbatas,aliran Sastera pula, mereka terperangkap dalam sistem pendidikan yang berkelas-kelas. Sebab itu saya menitiskan air mata semasa  mereka menghantar kiriman kiriman wssup yang menceritakan keseronokan mereka belajar di Tingkatan 6 atau di kolej. Ya, bagi orang lain mereka bukan hebat sebab tak masuk matrik, tak dapat diploma tetapi bagi saya kejayaan mereka terlalu besar ......
Saya juga masih berwassup dengan anak-anak lelaki 5 Dinamik yang gagal, yang tidak dapat peluang belajar di mana-mana. Status tidak pernah membataskan perhubungan kami. Asalkan wssup itu bukan dalam kumpulan yang besar, mengandungi mesej yang bermakna saya masih membalas salam dan pertanyaan mereka.Sempena Hari  Guru yang baru lalu, handphone saya hang dengan ucapan -ucapan mereka. Ada dua atau tiga orang yang menghantar mesej yang sama...Maafkan saya tak dapat A dalam paper Sastera. Misalnya Umi Khairunifa yang hanya dapat B plus. Aduh anak-anak muridku, cikgu sayang kamu bukan sebab kamu dapat A tapi sebab kamu sebahagian daripada kehidupan cikgu.Kamu nyawa dan jantung cikgu sebenarnya. Seorang lagi Amir Musa, dia juga ralat sebab tak dapat A dalam paper Sastera. Amir,cikgu tak kisah kamu tak dapat A tapi setiapkali kita berjumpa cikgu tahu nilai-nilai Sastera tebal dalam diri kamu.Cara kamu bercakap, cara kamu berbudi bahasa,cara kamu membawa diri, cara kamu meminta maaf dan menulis ayat-ayat dengan bahasa yang baik, molek dan indah, itulah Sastera sebenarnya. Bayangkan dalam zaman moden ini masih ada anak murid yang rajin bertanya khabar, ringan tangan menolong saya  apabila diperlukan,Setiap kali datang ada sahaja buah tangan yang dibawa .Indah budimu Amir, seindah didikan Sastera yang kamu pelajari selama 2 tahun. Saya bersyukur ....dia jadi "Lelaki Melayu Terakhir" yang sempurna di mata saya.
Buat semua anak-anak murid saya yang saya tak sebut namanya di sini, jangan sedih dengan kegagalan akademik.Jadikan ia dorongan untuk kamu lebih kuat menempuh hidup.Jangan anggap kamu gagal, cikgu tak sayang kamu lagi. Kepada Shahril yang baru-baru ini menghantar wssup...
"Cikgu carikan saya jodoh yang cantik macam cikgu..." Saya harap insyaallah Shahril akan dapat bertemu jodoh yang jauh lebih cantik dari cikgu.Ingat ya Shahril, kebahagiaan seorang lelaki bukan pada isteri yang cantik, tapi isteri yng solehah. Bila cikgu baca ucapan Shahril semasa Hari Guru, cikgu tersenyum tapi mata ini bergenang air jernih. Dia antara anak murid saya yang nakal. Kerja rumah tak pernah siap. Siang malam business di pasar. Mulutnya becok dalam kelas. Belakangnya yang sado selalu saya bantai sebab kerja tak siap, ponteng sekolah memanjang.Tapi dia tak pernah ambil hati. Senyumnya lebar memanjang kalau jumpa saya. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Yang paling saya sukar lupakan tentang Shahril dia selalu bawakan saya kuih rempeyek yang enak air tangan emaknya. Aduh ....seperti saya,dia juga rupanya sukar nak lupakan kenangan terindah zaman persekolahannya.
Semoga suatu hari nanti Shahril berjaya sebagai ahli perniagaan kerana minatnya lebih ke situ bukan dalam bidang akademik.
Buat Shahril dan semua saya  sudahi coretan ini dengan ucapan.
SAYA  SAYANG KAMU BUKAN KERANA KAMU PANDAI, KAMU BERJAYA. KAMU HEBAT, SAYA SAYANG KAMU SEMUA KERANA KAMULAH NYAWA DAN JANTUNG HIDUP SAYA