Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 31 Mac 2016

Mari Simpan Kenangan... Ex ASTRADAYU SMHUMEL

Mari simpan kenangan
Dalam peta pengalaman
Agar kau bisa merujuk
Dalam jauh pengembaraan..

Mari simpan kenangan
Dalam kotak kehidupan
Agar kau mampu tersenyum
Dalam derita kesakitan

Mari simpan kenangan
Dalam teratak kemesraan
Andai ada gurisan luka
Belajarlah menyembuhkan

Mari simpan kenangan
Dalam istana cinta kita
Andai tiada perpisahan
Tak kan kau rasa erti kerinduan...
Astradayu..18 tahun lalu

Astradayu ..yang masih ayu walau bergelar ibu
    Ustaz Zuriat tunggu kami datang
Kini mereka sudah dewasa...
Rizal dulu kini selamanya comel ..begitu juga anak anaknya...

Wahida Hambali...kisahnya penuh inspirasi

Selasa, 29 Mac 2016

KENANGAN DAN PERSAHABATAN ASTRADAYU- SMHUMEL

Suatu petang saya mendapati nama saya dimasukkan dalam group wssup ASTRADAYU. Amat teruja rasanya.Jasad saya seolah-olah melayang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang,sekolah pertama saya bertugas sebaik-baik sahaja saya tamat pengajian di USM. ASTRADAYU atau singkatannya KELAB SASTERA DAN BUDAYA MELAYU merupakan wadah perjuangan saya sebagai guru Sastera bersama kawan seperjuangan Norizah Hashim, bekas penyanyi lagu asli UKM dan Azamuddin Ahmad Barkat ,guru lepasan UPSI yang sarat dengan inspirasi dan misi perjuangan. Kami duduk sekapal sebagai orang pelik di sekolah.Norizah Hashim ada karekter unik dan pelik.Begitu juga Azamuddin.Dua orang sahabat saya ini colourful person ,Ahli-ahli Astradayu juga insan-insan unik dan pelik yang akhirnya jadi "somebody ".Dalam ASTRADAYU ada pelajar yang suka berteater .Hari ini salah seorang daripada mereka Shahriful Akma Abdullah, pensyarah ASWARA  bakal muncul April ini dengan naskah teater  MULAN,Tahniah Kma, warga SMHUMEL bangga dengan kejayaan  kamu.Ada juga yang dulunya semasa bersekolah gila bersajak,berpantun hari ini gila bercucuk tanam dan menternak.Tokoh Ikon Organiik yng terkenal dengan produk SRI,SEMPROT ,bekas penolong pegawai pertanian daerah Kuala Selangor yang kini terjun sebagai wanita dalam dunia lelaki.Seorang petani moden,Nur Wahidah bt Hambali. Komunikasi alam siber akhirnya menemukan kami yang terpisah hampir 20 tahun dalam dunia sembang yang jadi kegilaan masa kini iaitu wssup. Subhanallah kerinduan saya terubat sudah.Pertemuan dengan pelakon-pelakon Drama Keris Laksamana Bentan seperti Yushasry, Amin, Zul, Norliza Yen, Akma, Zuriah Md Kosnin walaupun cuma di alam siber membuat saya ralit melayan bicara. Usik-mengusik itulah cara jejak kasih kami. Lebih hangat apabila anak-anak ASTRADAYU generasi kedua muncul.Suzana, Yan,Bijet,Rabiah, Azura, Zaimah, Azmah dan lain-lain muncul termasuk Ustaz Zuriat yang hari ini jadi penggiat kumpulan nashid .Alhamdulilah ustaz, Senyuman manis kekal seperti zaman sekolah dulu.Wajah lelaki yang cool dan humble..
Selepas beberapa lama melayan sembang,seperti group group sembang yang lain saya keluar dengan cara terhormat.Selepas meninggalkan alamat rumah dan ucapan :" pintu rumah cikgu sentiasa terbuka luas untuk kamu", saya left group. Kehilangan saya dari group pastinya menimbulkan spekulasi.
Saya orang penting dalam ASTRADAYU.Kenapa saya perlu left.?Sesuatu yang kawan-kawan dan anak-anak murid saya tidak tahu saya sudah left hampir 10 group antara yang paling saya sayang ialah group EX MGS 1985. Saya pengasas group itu sehingga kami berjaya mengadakan reunion di Restoren Warisan Bandar Baru Klang.Tetapi saya pilih untuk left group wssup dengan suatu pesanan "kalau ada apa-apa yang penting personel mesej saya ye". Alhamdulilah kawan-kawan saya memahami.Setiap kali ada jemputan kenduri atau rakan masuk wad,atau meninggal dunia saya akan dihubungi.Walaupun tidak semua majlis saya mampu datang,insyaallah jika ada kelapangan saya akan menghadirkan diri.Entahlah, lama-kelamaan saya semakin tidak selesa dengan sembang wssup atau wechat. Ia bukan diskriminasi seperti yang bekas anak murid saya sangka. Anak murid saya yang bernama Rizal ,seorang pemandu lori.Ayat yang ditulisnya dalam personal wssup kepada saya buat saya tersentuh hati.

Cikgu maafkan saya kalau saya terkasar dan tersilap .
Maafkan kesalahan anak muridmu yang nakal dan kurang berjaya ini.

Benar bukan mudah mencampur minyak dengan air.
Apabila 20 tahun tidak bertemu kita bukan lagi anak-anak hingusan zaman persekolahan dahulu.Masing-masing sudah besar.Sudah jadi mak orang.Sudah jadi bapa orang.Yang single, yang duda, yang janda, yang anak berderet-deret , yang kaya,yang berharta, yang gagal , yang berjaya semua terhimpun dalam suatu medan tanpa wajah tanpa suara ,hanya kata-kata . Namun daripada tulisan itu kawan-kawan boleh menilai siapa kita.

Wssup medan silaturrahim, saling menyokong, saling memahami, penuh pengertian. Tiada istilah terlebih atau terkurang.Apabila sesebuah group wssup hanya dikuasai oleh orang tertentu kemungkinan orang lain terasa jauh hati atau dipinggirkan. Barangkali topik itu tiada berkaitan dengan ruang lingkup dirinya. Anak murid saya yang mula-mula left group menyuarakan pandangan...
"Cikgu saya tak selesa dedahkan privacy , saya tak selesa sembang terbuka open minded talk ,walaupun saya sudah berkahwin dan ada anak.Kesibukan tugas sebagai seorang guru membataskan masa saya untuk layan terlalu banyak group." Hamizah Hamid, dari zaman sekolah saya kenal dia lembut tetapi tegas.Tahun lepas video kumpulan Karangkraf buat kejutan hadiah kemenangannya dalam pertandingan kreatif anjuran majalah terbitan syarikat itu. Ia kemudian  jadi viral di youtube.Guru Lempang Pelajat- SK Sg Buloh, Hebat cara syarikat ini buat kejutan sama hebat dengan hadiah beg tangan jenama LY yang dimenangi Hamizah dengan harga ribuan ringgit.Hamizah menulis lagi  "Left Group bukan bermakna ikatan silaturrahim antara kita terputus. Saya sayang cikgu.Saya selalu cerita dekat hubby saya tentang cikgu".

Sukar difahami isi hati manusia.Rizal dari zaman persekolahan nakal dan havoc .Namun dia Melayu Baru yang jujur .Dia tulis apa- apa yang dia rasa.Yang dia mahu, Rakan -rakan lelaki yang lain muncul hanya sesekali. EX ASTRADAYU yang perempuan seperti biasanya lumrah wanita.Ada yang sedang meniti bahagia.Ada yang dilanda ujian-ujian kecil dan besar,Namun wajah mereka,cara mereka berbahasa menunjukkan ketabahan yang luar biasa.
ASTRADAYU. walau apa yang kamu anggap dan kamu fikirkan cikgu tidak peduli.Dari zaman persekolahan, cikgu sentiasa ingin kamu bangkit dari tempat kamu jatuh.Cikgu selalu mahu kamu jadi insan terbaik walaupun cikgu sendiri insan lemah yang banyak ketidaksempurnaan.

Bila lihat orang lain berjaya,jangan rendah diri.
Pasti Tuhan beri  apa yang kamu tidak sedari

Bila lihat orang lain bahagia, jangan berduka
Pasti Tuhan beri kamu merasa apa yang dia tak rasa

Bila lihat orang lain kaya,jangan kecewa
Pasti Tuhan beri kamu rezeki dalam sisi berbeza

Jika saya menjadi semakin tidak difahami, anak-anak murid cikgu yang tersayang mengertilah.Orang tua banyak makan garam.Lebih cepat terasa masin hidangan.Jika saya menjauhi diri dari sembang siber bukan bermakna saya bunuh semua kenangan antara kita. Kenangan tetap kenangan.Ia tak mungkin padam walau kita bersusah payah memadamnya.
Semoga semua sudi jemput saya dalam reunion ASTRADAYU. Kepada bekas pelajar Sastera saya ..bila anda menulis selalulah berfikir kerana  TAJAM KERIS RAJA,TAJAM LAGI PENA PUJANGGA. Untuk sahabatku Norizah Hashim dan Azamuddin....biarlah kita jauh dalam keasingan namun dekat dan bersatu dalam mendidik dan menjadi pendidik!

Selasa, 8 Mac 2016

APABILA SEHELAI KERTAS DIKIRA SEBAGAI MASA HADAPAN ( UNTUK CALON SPM 2015)

Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan
Dunia akan semakin kecil
Kerana yang kau mahu lihat cuma
Deretan A plus atau A minus

Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan
Diskriminasi akan semakin besar
Kerana yang ke hadapan cuma
Anak-anak cemerlang
Lagi terbilang

Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan
Ibu bapa akan sibuk mencanang sekeliling kampung
Anak aku sepuluh A
Anak kau berapa?

Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan
Guru-guru akan semakin stress
Mengira berapa peratus naik
Berapa peratus turun
Adakah tercapai janji
Dalam lembaran SKT?

Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan
Akan semakin dalam
Jurang antara manusia
Kita pula menjadi insan yang paling tidak adil
Kerana anak anak lahir ke dunia
Berbeza bakat dan kepandaian.


Apabila sehelai kertas dikira sebagai masa hadapan.....



Sajak di atas saya tujukan buat anak-anak saya yang keputusan SPMnya tidak cemerlang.
Jangan sandarkan hidup pada sehelai kertas. Banyak peluang untuk kamu majukan diri,
Jangan putus asa dan menjadi warganegara tidak berguna. Kepada Hakimi , Zulhidzam Esam, Moulana, Fazreen , Firdaus tidak sia-sia cikgu bawa kamu balik semasa sekolah bercuti pada musim jerebu. Lihatlah pada hari keputusan SPM diumumkan , wajah kamu tidak berjerebu lagi.
Kepada Nazrin, Nazmirul ....terimalah kegagalan sebagai anugerah terindah dari Tuhan,
Nazmirul cikgu tahu kamu tabah! Orang yang tabah pasti tidak akan rebah!
Alhamdulilah semua anak-anak perempuan mama Haida tiada yang gagal dalam kedua-dua mata pelajaran. Ecah yang selalu cikgu marah, cubit terbukti boleh dapat B plus,
Bukan B plus itu yang cikgu nilai, namun cikgu menghargai kesediaan kamu untuk berubah.
Buat Maria, Ayu Shuhanis  terbukti tiada istilah lewat.Kamu berlari pecut dan meninggalkan masa lalu yang sia-sia itu. Buat semua anak-anak murid saya di Kelas 5 Efisien dan 5 Dinamik 2015, kamu mungkin tidak cemerlang di mata para guru atau ibu bapa namun jangan sampai tidak cemerlang di mata Allah.
Kehidupan ini banyak ranjaunya. Semakin banyak tertusuk duri, semakin kau akan mengerti dan memahami.