Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 20 Jun 2015

TRAVELOG SOLIHIN 4-SERONOKKAN MA PERGI UMRAH...

Di Masjdil Haram ada kenangan antara Solih dan gadis Arab ini...walaupun berbeza budaya dan bangsa, darah Islam menyatukan mereka...si kecil comel leka bermain dan menangis apabila diajak pulang oleh ibunya....telatah mereka buat saya dan ibu si gadis kecil tersenyum lucu...............
Perubahan ketara...di Hotel Malak Ajyad Mekah..si Solih happy teramat dan asyik mnta makan...Perut Solih lapar ma...aneh di Malaysia dia spesis kurang makan
Kasih seorang ayah....dalam kesyahduan malam menatap Kaabah...Subhanallah
Akan selalu kami bayangkan dan rindui.....
Bila saya tanya "Seronok tak pergi umrah?" Penuh yakin dia jawab " Seonok sangat!" Bayangkan anak seusianyapun tahu erti bahagia di tanah suci Mekkah.
Stroller ini boleh digunakan sehigga di luar pintu masuk Masjdil Haram....
Gelak tawa ini dirakam sewaktu saya membawanya solat di Masjidil Haram. Walaupun solatnya lebh banyak main-main  kerana ramai jemaah Arab membawa anak-anak ke masjid dan anak saya tidak lepas peluang bermain dengan mereka  namun saya bersyukur kerana saya tahu dia kain span yang masih putih bersih..Pertamanya dia jarang menangis dan membuat kerenah kecuali hari-hari yang dia tidak cukup tidur. Allah memberi rahmat dan kasih sayang  dengan mengurniakan kesihatan tubuh badan buat anak seusianya menyesuaian diri dengan iklim yang ketka itu 47 darjah celcius,Tidak ada yang lebih menyentuh hati saya sebagai mamanya apabila dia berkata..."Seronokkan ma pergi umrah"Matanya berkaca-kaca..memancarkan keikhlasan perasaan serang anak kecil yang belum kenal erti dosa.Allahhuakhbar !!!!!!!

Travelog Solihin 3-From Madina To Mecca..

Di kota Madinah ada suatu peristiwa yang berbekas di hati. Seorang wanita pertengahan umur menangis di belakang saya sewaktu saya solat  di kawasan luar masid.Tangisan itu membawa kepada perkenalan kami.Dia memberitahu suatu ujian besar terjadi sebentar tadi. Dia yang sudah 2 tahun monopouse tiba-tiba datang haid. Dia cuba duduk di beranda masjid namun dihalau oleh pengawal wanita yang bertugas di situ. Hati saya sebak dek tangisannya. Saya memeluk wanita itu dan berkata.." Jangan risau kak...insyaallh ujian ini sementara..nanti saya tolong doakan kakak" ...Kamipun berpisah selepas saya selesai solat Isyak dan solat hajat dengan doa khusus untuk dia.
Subhanallah,dalam ribuan manusia yang membanjiri kota Mekah, kami dipertemukan di sana. Betul-betul di hadapan hotel tempat dia menginap.Dia memanggil dan memeluk saya. Dia memberitahu saya.." Benar kata adik, ujian itu sementara untuk menguji iman kakak, alhamdulilah segalanya pulih seperti yang kakak harapkan...kakak sudah boleh menunaikan umrah.." Syukur alhamdulillah. Air mata saya  menitis laju.Semua dalam kekuasaanmu.Kami hambaMu yang lemah......
Dalam perjalanan menuju kota Mekah, bukan sedikit ujian yang datang. Lamanya perjalanan hampir 6 jam,Anak saya alhamdulilah tidak meragam.Cuma mulutnya agak becok di dalam bas. Kami tiba di suatu perhentian untuk menikmati hidangan nasi Arab.Sedulang nasi Arab untuk 5 orang.Masa inilah saya dapati ..walau cuma sedulang nasi..ia menjadi ujian besar.Ada yang macam tidak berapa sudi menjamah makanan bersama orang lain.Sifat suka berkelompok makan bersama ahli keluarga sendiri masih tebal.Saya teringat salah satu buku Ibadah Haji yang pernah saya baca...Salah satu tujuan ibadah haji dan umrah ialah agar manusia dari seluruh pelosok dunia saling berkasih sayang dan kenal mengenali.Memang amat sukar membina perasaan  selesa bersama orang  yang kita tidak kenali..namun pada saya cukup sekadar senyuman.Bahasa tubuh yang akan membuat orang lain selesa bersama....
Ketika solat di masjidpun ramai jemaah  tidak suka mendekati jemaah yang bukan bangsa atau kaumnya. Pernah saya terdengar suara sinis..."Tak naklah solat di situ...,itu bukan orang  Malaysia.." Tebalnya assabiyah dalam diri, sama macam sifat orang Arab sebelum datangnya Islam.Pada saya tiada apa-apa yang ganjil duduk bersama orang Arab. Di Masjidil Haram mereka selalu menegur saya dalam bahasa Arab atau bahasa Inggeris. Pernah suatu hari selepas membaca AlQuran,seorang wanita Arab ajak saya bersembang. Ketika ini saya rasa diri kecil dan kerdil. Pasti dia fikir saya pandai berbahasa Arab.Alangkah moleknya kalau saya pandai membaca AlQuran dan berbahasa Arab...
Walau bagaimanapun wanita Arab yang muda ramai yang fasih berbahasa Inggeris.Jadi seusai solat lazimnya saya akan bertutur sepatah dua dengan mereka. Kebaikan mereka walaupun sedikit tetap berbekas di hati contohnya meminjamkan sejadah, menyelimutkan anak saya ketika anak saya tertidur dan memimpin tangan saya mengajak merapatkan saf..
Teringat kembali malam  jam 11 mengerjakan umrah wajib, anak saya teruja melakukan tawaf. Tidak kelihatan tanda kepenatan walaupun jauh perjalanan menaiki bas dari kota Madinah sejak jam 2 petang.Habis tawaf 7 pusingan saya berasa lega dia tidak merungut penat atau minta didokong. Cuma masa saei matanya kelihatan layu dan kuyu..maka beberapa pusingan akhir dia sudah terlelap tidur dalam dokongan suami.Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur ibadah umrah wajib kami dapat tunaikan tanpa rengekan atau ragam si kecil.Terima kasih anak Solih mama....
Kepuasan dan kegembiraan tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Nyenyak malam itu kami tidur sebelum azan subuh mendayu di Masjidil Haram..Sesungguhnya ibadah umrah membuat kita berasa menyusuri suatu perjalanan yang panjang dan penuh ujian.Ujian itu berupa manusia di sekeliling kita,dan  diri kita sendiri. Bukan setakat tawaf ,saei dan bertahalul ibadah umrah merangkumi setiap detik dan nafas yang kita lepaskan dan kita lalui..


Travelog Solihin 2 - Pameran God Is Great...Subhanallah

 Gambar lama Kota Madinah..hitam putih menarik perhatian.......
 Ikan paus terbesar di dunia...ciptaan Allah yang maha besar...
Salah sebuah pulau ajaib dan tercantik  di dunia...
 Cakerawala dan sistemnya....satu pusingan yang menakjubkan dan sempurna
 Solihin pernah beritahu saya..mama kita nak jadi saintis..pameran ini buat dia teruja
Jika anak murid saya Haida perasan..saya memakai jubah pemberiannya..
Banyak fakta sains terkandung dalam kitab al quran
 Solihin dan ayahnya..sering ke pameran ini yang terletak di ruang legar bersebelahan masjid Nabawi
Skrin yang memaparkan kejadian tsunami..pameran ini buat kita semakin mendekati Allah

Jumaat, 19 Jun 2015

Travelog Solihin I ...Beautful Madina

 Cuti 2 minggu,saya mahu melupakan sebentar dunia persekolahan.Peluang  yang saya dapat   untuk menunaikan umrah datangnya dari Allah melalui suami saya. Kami menumpang rahmat kasih sayangNya.........saya , suami dan si kecil Ahmad Solihin.
Tawakkal..kuserah dan pasrah kepadamu...restuilah kami membawa putera hati kami yang  baru berusia 5 tahun 8 bulan ke kota keagunganMu.



Alhamdulilah dari rumah lagi dia sudah ceria memakai jubah kelabu. Di KLIA walaupun letih menunggu hampir 5 jam dia tidak meragam namun perasaan teruja membuat dia tidak betah duduk diam.Pengalaman pertama naik flight Air Asia...kami pada mulanya terpisah tempat duduk namun rezeki Allah juga kami dapat duduk bertiga. Wajah Solih yang mendung bertukar ceria dan dia bercakap tidak henti -henti sepanjang penerbangan.
Di ruang legar masjid Nabawi...Solihin bersama ayahnya menyusuri kebesaran dan keagungan Ilahi...
Bagi jemaah yang membawa anak seusia Solihin stroller seperti ini amat berguna

Keindahan dan ketenangan masjid Nabawi tidak menyamai mana -
mana tempat di yang pernah saya kunjungi..Subhanallah...Allahuakbar...
Penduduk kota Madinah sangat halus dan indah budi pekerti.Selain mampu bertutur bahasa Melayu yang mudah,akhlak mereka meneladani akhlak rasulullah saw.Mereka sangat santun kepada orang tua dan gemar akan kanak-kanak.Anak saya lazimnya akan dipeluk atau diusap kepalanya oleh pekedai-pekedai yang saya temui dan kemudian tangan Solihin penuh dengan gula-gula,coklat dan manisan.Bukan sahaja pekedai,orang awam pun mempunyai tingkah laku yang sama..sayang pada kanak-kanak.Selain beramah mesra mereka suka mengusik kanak-kanak apabila ada peluang. Agaknya kasih-sayang kota Madinah membuat anak saya betah dan jarang meragam..alhamdulilah.Ada suatu hari dia bertanya saya..Mama,macam-mana orang Arab boleh kenal Solih?  Agaknya dia hairan layanan yang mereka berikan seolah-olah mereka kenal anak saya...Aura kasih
sayang kota Madinah menusuk kalbu dan membuat saya terbayang rasulullah saw.Menitis
air mata keinsafan..
Terasa jauhnya akhlak saya dengan akhlak baginda...
Ahmad Solihin,sepanjang perjalanan mama dan ayah sering memanjatkan doa mudah-
mudahan travelog ini dapat menitipkan roh iman dan ketakwaan dalam dirimu ..
Memetik sebaris lirik dalam lagu Raihan. 

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai.....



Kepada suami..terima kasih membawa kami ke sini...harga percutian termahal terindah buat kami
BEAUTIFUL MADINAH...LAMBAIAN KOTAMU MENGGAMIT RINDU..ALLAHUAKHBAR!


i