Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 31 Disember 2014

GURINDAM MALAYSIAKU 2014 ( APABILA SUAMIKU BERKARYA )

Suami saya jarang berkarya, namun minatnya pada dunia Sastera berputik sudah lama. Suatu petang apabila pulang dari kerja dia memberikan saya sehelai kertas." Ambil ni, masuk blog mama".Saya menyambut kertas itu  kehairanan.Puisi rupanya....saya kira sebuah puisi yang sederhana tetapi cukup jujur
Saya namakan puisi ini GURINDAM MALAYSIA 2014

                 
NEGARAKU, BUMIKU MALAYSIA 2014
CERITA DERITA, NESTAPA, DUKALARA
MENYENTUH MENUSUK JIWA KITA
ADAKAH INI BENCANA
UJIAN, DUGAAN ATAU IKHTIBAR UNTUK KITA?
KENAPA KITA MASIH TAK MENGERTI
ATAU MUNGKIN TAK PEDULI

BERMULA MH370 MENGHILANG DIRI
RAMAINYA MANUSIA MENUDING JARI
MUNGKINKAH BATUK DILUDAH
JATUH KE MUKA SENDIRI?

KEMARAU PULA DATANG MENJELMA
AIR TIADA CATUAN BERMULA
PUAK SANA DAN SINI TUDUH MENUDUH
 CERCA -MENCERCA
ADAKAH INI BUKAN BALA?

KEMUDIAN SAAT MH 17 TERSEMBAM KE BUMI
MASIH KITA KATA MENGATA,KEJI MENGEJI
SEMUANYA RASA MEREKA YANG BETUL SENDIRI

AKHIRNYA ALAM MARAH MELEPASKAN RASA
LANGIT BERDERAI MENITISKAN AIR MATA
TENGGELAMLAH BUMI MENJADI SAKSI
NAMUN KITA MASIH TAK PEDULI
ASYIK BERSENGKETA SESAMA SENDIRI

BILAKAH KITA AKAN SEDAR DIRI
DAN MULA MENGKOREKSI HATII
BERBAIK SANGKA KEMBALI  PADA ILAHI
MENGIKUT FITRAH MANUSIA SEJATI....

   ( ILHAM RASA RAHMAT DALIMUN)

Khamis, 25 Disember 2014

BOWLING....terjemahan kuasa cinta Dalimuns....

Keluarga Dalimun memang hapenning. Banyak cara yang dilakukan untuk mempamerkan kuasa cinta mereka. Selain sering mengadakan pertemuan,borak-borak,tahlil,makan-makan , sukaneka,adik beradik Dalimun juga bijak merancang aktiviti  yang menyatukan hati dan jiwa mereka sebagai adik beradik.Kakak sulung Umrah Dalimun seorang pengetua sebuah sekolah menengah juga ketua The Dalimuns....dalam setiap aktiviti. Semua ada peranan dan kelebihan, kakak kedua kak ngah Umida Dalimun ialah orang yang memastikan perut kami kenyang dengan juadah enak setiapkali pertemuan. Kakak ketiga Umaiyah Dalimun cool dan relax sahaja, tetapi orang yang paling senang dibawa berbincang. Umini Dalimun pula berwajah tegas tapi paling pemurah selalu sponsor macam-macam.
 Diiikuti pula oleh Umizura Dalimun yang kelakar dan gila-gila serta Norhapisah Dalimun yang paling comel loteh serta bergetah...maklumlah adik bongsu.Dan di antara merekalah saya mengenali seorang lelaki yang bernama Rahmat Dalimun,deskripsi tentang dia....muka nampak garang tapi dalam hati ada taman, hari-hari dengar Radio Klasik!.Baru-baru ini saya menyertai perlawanan bowling antara The Dalimuns . Walaupun kami main macam bowling kelapa tapi yang penting kami ada skil yang tidak perlu dipelajari tapi dibawa dari alam roh' sejak kita berada dalam rahim ibu iaitu skil kasih sayang. Sesuatu yang sukar dikecap jika tidak disuburkan,dibajai dan disiram. Tambahan zaman moden, ramai yang mengejar kecemerlangan karier tetapi lupa mengejar nikmat kemesraan dan kasih sejati antara adik beradik.....Walaupun lidah sesekali tergigit namun santapan kita tetap terasa enak kerana lidah yang tergigit setiapkali waktu makan adalah lumrah.I
Semoga Dalimuns Family selalu mencintai satu sama lain bak kata sebaris lagu Inggeris lama, nyanyian Andy Williams

Where do I begin, to tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea....
Allah mencipta kuasa cinta lebih dahulu daripada lautan biru yang luas........
Walaupun demam saya turun bermain demi sebuah ikatan kekeluargaan

                                       Yang ini Umi Zura Dalilmun.di belakang handsome guy Ijul
                                        Grup ni paling hebat...main macam pro!!!!!!!
                                         Grup Finas dengan Ika main ke laut....he he
                                          Yang ini Umaiyah Dalimun dan suami kesayangan Takim
      Dalam Dalimuns, siapapun tak boleh lawan Umrah Dalimun ,begitu juga anaknya Ummu Fatin
        Semua berdebar tengok papan skor...macamlah dapat hadiah kereta BMW !
            Bibi anak Umaiyah Dalimun antara gadis paling lawa dalam keluarga Dalimun
                              Suasana semasa perlawanan.....
Ini ahli kumpulan saya ...nasib baik ada Anip dapatlah no 3 ha ha......Anip memang the best!

Selasa, 16 Disember 2014

Naratif Ogonshoti...igauan seorang aku!

Saya menghabiskan minggu-minggu terakhir cuti sekolah dengan persiapan untuk meneruskan profesyen perguruan pada tahun 2015.Novel Naratif Ogonshotho karya Anwar Ridhwan, sentiasa saya pegang ,baca, telusuri dan hayati. Saya teruja dengan novel yang akan jadi teks sastera pada tahun baru nanti,apatah lagi ia karya sasterawan negara,seorang yang sangat saya kagumi sedari kecil lewat Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.Anwar Ridhwan seorang yang hebat dalam dunia  penulisan namun sangat humble dalam dunia sehari-hari. Saya pernah bertemunya sewaktu saya aktif sebagai jurulatih KOMSAS suatu masa dahulu bersama kawan baik saya Guru Cemerlang Sastera negeri Melaka , Puan Rohayah bt Abu sewaktu bertugas di SMK Seri Pengkalan, Melaka.Waktu itu saya masih bujang,jadi jurulatih kebangsaan membentangkan beberapa kertas kerja pengajaran dan pembelajaran Sastera merupakan dunia mimpi yang saya terokai dalam debar,rendah diri namun semangat ikhlas menjulang tinggi. Jika Kak Roy terbaca blog ini, saya ingin melafazkan salam kerinduan, salam sayang berpanjangan. Teringat kenangan bersama kak Roy, En Kamarulzaman (PPK), Hajah Zahirah (PPK)....mereka ini orang besar yang berpengaruh dalam dunia pendidikan Sastera tapi sudi menumpangkan saya dalam bahtera perjuangan mereka....
Berbalik kepada novel  Naratif Ogonshotho , saya berasa ia suatu cabaran besar buat saya.Novel dengan kumpulan cerpen yang berdiri sendiri tapi kemudian bisa bertaut dalam epilog dan prolog mengambil latar kepulauan yang dicipta dalam khayalan penulis tetapi berlatarbelakang masyarakat Jepun dengan rencah kolonialisme, politik satira yang menyentuh hati. Ia global dan glokal. Ia bukan kisah anak kampung yang sangat dekat dengan pelajar seperti Jeriji Kasih dan Dari Lembah ke Puncak. Saya hormati dan akui kebenaran pendapat Dr Ghazali Lateh dalam blognya bahawa pemilihan teks harus sesuai dengan tahap pelajar. Namun saya juga terasa kepedihan dan kepiluan  Sasterawan Negara A Samad Said yang berasa terpinggir dan dipinggirkan apabila senarai buku teks 2010 tidak memilih teks Sasterawan Negara. Sebagai guru Sastera ,saya orang kecil yang tidak mahu terjerumus dalam polemik  yang besar dan sudah lama bernanah ini.Saya mengajar Sastera untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh dibawa sebagai amal dan bekal hingga ke jannah selain mencapai sasaran SKT  iaitu kelulusan seratus peratus subjek ini agar pelajar Sastera yang menduduki SPM ada nilai komersial dalam dunia luar selain nilai nostalgia yang mahal bersama saya.Selebihnya sayalah mentimun yang membiarkan durian bergolek...
Saya menyanjung karya Pak Shahnon Ahmad (bekas pensyarah saya di USM).Saya juga pemuja novel Salina dan puisi-puisi Pak Samad Said . Saya tenggelam dalam kelembutan dan kebersahajaan dunia romantis Dr Lim Swee Tin.Tetapi saya juga membaca Lagenda Budak Setan, dan Ombak Rindu, Saya mahu menjadi manusia yang boleh memasuki semua ruang dan lanskap dunia. Itulah yang saya ajar kepada anak-anak murid saya di sekolah.Kalau cikgu boleh menyanyi lagu Hafiz dan Taufik Batisyah,kamu juga mesti mampu melagukan syair,dan berpantun seloka.Kalau cikgu boleh rap dengan lagu Gadis Jelebu kamu juga boleh layan Gurindam 12. Dalam ertikata lain saya mahu menghargai semua dimensi karya .....
Saya merungut dan sedikit mengeluh apabila membayangkan wajah pelajar -pelajar sastera di sekolah saya yang selalu blur(ternganga-nganga), bersikap tidak tahu dan tidak mahu tahu
 isu -isu yang melanda dunia hari ini kerana dorongan motivasi yang lemah. Tapi setelah saya berfikir sedalam dalam lautan Hindi, merungut dan mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah.Bukankah guru Malaysia bertaraf dunia.? Bukankah pembelajaran abad ini berteraskan KBAT dan I Think.....Jadi saya harus berusaha menghidangkan stik daging yang asing ,lazat dan sedap tetapi asing pada tekak orang kampung,agar terasa enak dan suka disantap seperti sambal belacan. Saya harus dan saya perlu....tiada alasan kerana saya guru yang selalu menurut perintah!Naratif Ogonshoto menjadi igauan ngeri yang saya bayangkan dengan pemilihan kelas Sastera pelajar yang bukan sahaja berprestasi rendah namun berwawasan rendah.Namun sepatah kata suami saya mencabar harga diri. 'Sayang ,mama kan seorang cikgu?"

Isnin, 8 Disember 2014

Taman Herba....Terapi Mindaku

Saya meneruskan percutian dengan tenang di rumah.Rumah saya kecil dan agak buruk berbanding dengan rumah jiran-jiran saya banglo sebuah.Namun saya sentiasa berusaha memberi rupa yang segar pada kekurangan -kekurangan di rumah saya biar nampak seperti rumahku syurgaku....Saya menanam berjenis-jenis pokok herba yang ada di antaranya saya sendiri tidak tahu namanya! Ada juga pokok untuk kegunaan masakan seperti daun salam,daun kesum,lengkuas,serai,daun kari,bunga kantan dan lain-lain.Kata orang berkebun itu merupakan terapi minda.Tekanan sebagai seorang guru lepas sedikit demi sedikit melihat kehijauan di sekeliling rumah
Sejens pokok herba berbunga yang berguna dalam rawatan tradisonal
Wakaf kecl di hadapan rumah tempat release tention dan candle light dnner
Pokok ubi jago di sebelah pokok money plant ( menurut feng hsui pokok rezeki )
Antara pokok bunga yang popular di laman rumah Melayu tradsonal
Dari sudut tepi wakaf
Tempat lepak cari ilham , saya tanam pokok herba campur pokok bunga

Selamat Ulangtahun Suamiku ( Rahmat Dalimun) 12. Disember...

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun meniti titian rumahtangga
Adakala aku terjatuh,sakit dan terluka
Namun kau sentiasa ada untuk merawat dukaku

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun hidup bersama
Adakala kau mengguris hiba
Namun aku sentiasa redha memaafkanmu

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun menyulam cinta
Adakala aku masih rasa sendiri dan sepi
Dan kau pula rasa ditinggalkan
Namun cepat-cepat kita sedari
Kau dan aku tetap takdirnya bersatu

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun meredah sungai setia
Tidak sesekali kau tergelincir jauh
Meski aku bukan wanita paling sempurna
Mahupun permaisuri paling jelita

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun  membangun tugu bahagia
Adakala taufan derita datang menyapa
Namun kita tetap tabah menepis badai melanda

Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun bergelar suami dan ayah
Tidak sesekali kurasa akan ada yang terbaik untukku
Selain kamu....

Selamat ulangtahun suamiku
Meski sayang jarang kuucap
Rindu kasih jarang kusebut
Jauh di sudut hati aku tetap mencintaimu
Sedalam dalam lautan biru....



Ahad, 7 Disember 2014

Syamile Agro Resort, "permata tersembunyi"

Saya biasa bercuti di resort bertaraf lima bintang,tapi ketenangan dan aura semulajadinya tidak sama dengan percutian di sebuah agro resort yang terletak di sebuah kampung di pinggir sungai di Kati, Kuala Kangsar, Perak.Suatu pengalaman unik! Challet Semi D yang diperbuat daripada kayu dan batu granit terletak betul-betul di hadapan tasik yang menakung air dari bukit.Deruan sungai di belakang challet menderu kedengaran sepanjang masa.Waktu subuh selain azan yang syahdu terdengar pula kicauan unggas dan beburung dari kawasan hutan berhampiran.Kawasan agro resort ini juga ada ladang rusa dan lebah kelulut ...selain sebuah maahad tahfiz....!

Kabus menyelimuti banjaran Titiwangsa...


Hadapan challet semi D


Lanskap yang menggabungkan senibina tradisional dan moden kontemporari
 Belakang challet Semi D ,jeram untuk mandi manda amat bersih...ada juga challet sebuah
 Pemandangan mengasyikkan...
 Solihin dan Aizat di ladang rusa...

 Ayah....memang seorang lovely father
Lebah kelulut...diternak di sini!

Harga Sebuah Percutian...Keriangan Anak-Anak


.
 Solihin dan Aizat melupakan tekanan di sekolah buat sementara semasa cuti penggal
 akhir tahun



Deruan air sungai,bunyi unggas ,flora dan fauna syahdu di bawa alunan azan lima kali sehari semalam. Syamile Agro Resort di Kuala Kangsar menepati citarasa saya dan keluarga
Pakcik Alif pandai mengambil hati anak anak buahnya

Seronoknya Solihin tertawa kuat...anak zaman milineum sesekali mandi sungai..the best experince in his life!

Sabtu, 6 Disember 2014

The Lost World Of Tambun...bukan sekadar percutian biasa....

Apabila membawa anak pergi bercutI saya sering terfikir apakah info yang anak akan dapat....?
Apakah pula pengalaman yang anak akan lalui...?
Melupakan sementara dunia pekerjaan buat saya dan suami merupakan perkara yang lama kami idamkan. Pergi bercuti bersama along,alif,aizat dan solihin mengembalikan tenaga riang ria.Pilihan kami selain kampung di Bagan Serai Perak ialah Lost World of Tambun...sebabnya selain keseronokan mandi manda tempat itu ada suntikan sejarah dan menampilkan warisan setempat...Perak Darul Ridzuan.

 Saya membayangkan andainya saya jadi pendulang wanita...zaman Ngah Ibrahim...

Memang berbaloi membayar sejumlah wang membawa anak-anak ke Tin Mines di Lost World Of Tambun.Sambil mendengar lagu Saloma, Jeffry Din anda boleh bercerita secara lansung tentang sejarah tanah air pada anak-anak .Lebih enak anda boleh minum kopi o dengan biskut rapuh santapan orang zaman dahulu di The Dulang Tea House.Anak anak akan terus faham dan meresapi makna sejarah tanah air...
 Di pi ntu masuk Lost World of Tambun wajah manis nya  menyambut kunjungan anda. Anak anak pasti teruja...