Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Jumaat, 29 Ogos 2014

Saya Sedih Belajar Sastera?

,Kali ini saya nak bercerita tentang pelajar pelajar saya yang mengambil elektif Kesusasteraan Melayu. Mereka hidup dengan perspektif  diri yang amat rendah.Pelajar aliran Sastera lembab. Pelajar aliran Sastera bodoh . Pelajar aliran Sastera kumpulan mata merah! Gelaran gelaran itulah yangmemerangkap manusia dalam imaginasi masyarakat! Malang sekali sebuah negara yangmembangun seperti Malaysia meminggirkan Sastera,sedangkan ia satu matapelajaran wajib di Jepun. Tidak ramai yang tahu pada zaman Eropah mengalami era reinaissance Sastera, Seni dan Muzik merupakan disiplin ilmu yang penting.Sasteralah penggerak tamadun Yunani,tamadun Islam juga berkembang dengan sastera Arab yang masyhur!
DI sekolah saya pelajar Sastera lazimnya pelajar kelas pertengahan atau kelas hampir hujung! Pengalaman saya mengajar Kesusasteraan Melayu hampir 20 tahun merupakan kanvas berwarna warni dan penuh kenangan!
Semasa saya mula mengajar selepas menamatkan ijazah sarjana muda Kesusasteraan di USM ,Kesusasteraan bukan subjek terpinggir. Di sekolah saya iaitu Sek.Men.Hutan Melintang hampir 100 calon Kesusasteraan Melayu ! Darah muda yang mengalir dalam diri menyebabkan saya tidak membawa Sastera setakat dalam bilik darjah.Bersama teman baik Azamuddin Ahmad Barkat seorang guru muda lepasan UPSI kami menubuhkan Astradayu iaitu Kelab Sastera dan Budaya Melayu . Ramai pelajar menyertainya termasuklah pelajar kelas Sains Tulin. Kami amat menonjol di peringkat sekolah,daeah dan negeri.Percaya atau tidak kami masuk semua pertandingan drama,deklamasi sajak,sayembara menulis puisi, bahkan pertandingan nasyid sekalipun. Beberapa tahun sekolah menjadi johan daerah puisi Sains dan drama!
Masa itu pelajar Sastera popular,tidak dipandang prejudis! Saya juga kerap melancarkan program Baca Puisi secara besar-besaran. Di sekolah ini promosi Sastera berjaya menembusi benteng perkauman.Anak anak murid saya berbangsa India setiap tahun akan naik ke pentas membaca puisi Antara nama yang saya ingat sampai sekarang Mohana Dass pelajar cemerlang KSM , saya difahamkan sekarang sudah jadi peguam, Arulmurugu , pelajar kelas Sains yang minat Sastera ,dan Anusha. Mereka tidak kekok bergaul dengan pelajar Melayu beraku berengkau dengan slang Perak yang pekat.
Salah seorang pelajar saya iaitu Shariful Akma Abdullah kini pensyarah fakulti TEATER di Aswara. Memori saya penuh dengan kisah kisah mereka. Tak satupun luput dari ingatan! Jika ada yang terbaca blog ini pasti ingat pada saya, cikgu anda yang gila-gila memperjuangkan Sastera di sekolah!
Kini arus zaman deras berlari, sekarang zaman IT,Sastera dipinggirkan hari demi hari. Banyak sekolah menutup terus peluang pelajar untuk mempelajari Sastera. Apabila jadi subjek picisan saya terpaksa bergelut dengan krisis nilai yang tidak menentu dalam diri pelajar.
. Saya terpaksa jadi jurujual produk yang diragui kualitinya. Nak jual barang yang orang anggap tidak berguna bukannya senang. Saya sudah terbiasa bulan pertama mengajar tidak dipandang oleh pelajar.Mereka sedih terpaksa belajar Sastera. Sedih itu diterjemahksn dengan sikap endah tak endah,lewa dan kadang-kadang menentang dengan soalan -soalan bodoh seperti ini. Kenapa kita kena belajar cerita nenek kebayan? Cikgu tak ada cerita lain ke? Kenapa zaman dulu orang pakai baju layang,kain layang? Cikgu naga ada dekat zoo tak? Cikgu tolong jangan suruh saya bersyair.....gelilah! Saya tak tahu lagu-pantun saya tahu nyanyi Oppa Gangnam Style! Sudah sudahlah cikgu baca sajak,karang saya tidur pula!
Orang lain tidak tahu cabaran ini. Mereka fikir mudahnya Cikgu Aida,mengajar Sastera Saya berperang dengan anak anak zaman global yang membenci akar budaya sendiri! Diam diam saya kata. pada hati Hei ini perjuangan,jika bukan aku siapa lagi yang akan  mewariskan nilai-nilai kemelayuan yang bertunjangkan Islam dalam diri mereka! Teringat perjuangan Wali Solo di Indonesia yang berdakwah dengan medium seni.
Maka sayapun pasang niat. Pelajar pelajar ini akan belajar Sastera bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi saya mahu memperkaya jati diri mereka agar menjadi warganegara yang berguna!

Pada soalan mengapa kami perlu belajar Sastera saya akan tanyakan balik  soalan ini, siapa mencipta televisyen?Pasti dengan bangga dijawabnya orang Sains.Saya tanya lagi awak suka tengok apa di televisyen?Pasti dijawabnya biasalah cikgu drama,kartun, bola!Saya tanya dia lagi bermakna tak televisyen jika hanya suatu ciptaan sains maksud saya peti tv tanpa ada drama,filem ,lagu?Siapa nak beli peti tv yang tiada siaran apa-apa?Pasti mata pelajar itu akan terkebil-kebil memandang saya! Silap haribulan dia berbahas dengan bekas pendebat zaman sekolah dulu! Ya dunia memerlukan ramai saintis namun jangan lupa dunia juga memerlukan ramai penulis, pelukis,pelakon,dan insan lain yang bergiat dalam industri seni kreatif!Bukankah hidup saling perlu-memerlukan dan lengkap melengkapi? Kepada bekas anak murid saya seoerti Wahidah Hambali kini seorang petani moden yang berjaya dengan baja jenama SRI nya,kepada Hamizah Hamid pelajar aliran Sains yang sering bermalam di rumah kerana belajar mencipta pantun, kepada Noriza Hashim guru sastera yang sama sama angkut
budak ke pertandingan drama, kenangan dengan anda tak pernah luput! Terlalu banyak memori antara kita yang berkongsi tangis dan tawa kerana kegiatan sastera!Hari ini kerana tekad untuk menjadi pejuang dalam diri maka jadilah saya seorang guru Sastera yang paling ditakuti jika saya marah,paling digeruni oleh pelajar yang suka tidur dalam kelas dan paling gila mengajar sampai sanggup menjadi tuan puteri atau nenek kebayan di dalam kelas.IIkuti catatan saya yang bertajuk Amir,Farid,Wani,Adam dan Aisyah!

Selasa, 26 Ogos 2014

Suatu Hari Kenapa Sharil dan Ainnur Kena Marah!

Hari ini saya masuk kelas dengan letupan gunung berapi yang memuntahkan lahar! Seperti biasa apabila saya marah semunya akan menikus! Di hadapan mereka saya bukan lagi cikgu Haida yang suka tersenyum, lucu dan periang tapi saya akan menukar diri saya menjadi raksasa yang amat ditakuti.Puncanya semalam semasa aktiviti kokurikulum mereka ponteng sekolah sebab tak mahu ditahan di sekolah sehingga hari petang! Ketidakmatangan menyebabkan mereka tidak kisah ketinggalan matapelajaran yang penting di sesi pagi! Beberapa nama yang sering ponteng sekolah sudah tersenarai dalam kepala saya. Semasa saya masuk ke kelas lahar kemarahan masih tersimpan dalam dada! Namun semasa aktiviti pembentukan kumpulan mereka bersifat lewah dan enggan bekerjasama menyebabkan tsunami kemarahan datang bergelombang menyerang mereka tanpa diduga!Awak semua ini memang spesis yang luar biasa!Awak gila sebab kerja senang bentuk kumpulan pun tak boleh diselesaikan!Menyesal cikgu jadi guru kelas awak'Dahlah suka ponteng sekolah! Awak gunakan wssup untuk ponteng beramai ramai!Hanya orang bodoh saja yang tidak ada jati diri ikut cakap kawan! Saya cuba menepis bahasa marah agar tidak kedengaran kasar dan biadap tapi hari ini saya betul betul marah hingga keluar perkataan bodoh dan gila. Cuma bodoh dan gila itu tidak ditujukan pada individu namun secara umum.
Lepas itu semasa mereka menyiapkan kerja dengan syarat yang saya beri Hari ini hari tanpa suara. Hari tanpa senyuman.Semua senyap muhasabah diri! Mereka akur!
Kelas senyap sunyi yang ada hanya bunyi kipas angin!
Saya memanggil seorang demi seorang ke hadapan! Saya tanyakan soalan yang sama,boleh tak beritahu kenapa cikgu panggil kamu ke hadapan dan kenapa cikgu  marah marah hari ini! Soalan lain ialah pada pendapat awak betulkah apa yang cikgu buat!
Masing-masing keluarkan jawapan! Saya ponteng sebab pagi-pagi saya kena basuh tray ,siapkan barang,petang rabu saya kena jual ayam uncle bob di pekan.Shahril yang berbadan besar meluahkan perasaan! Sayapun jawab saya hormati kerja kamu tolong ekonomi keluarga,bagus kamu lelaki bertanggungjwab tapi saya tak mahu dengar alasan itu sebagai punca kamu tidak datang sekolah! Kalau sekali lagi kamu dipanggil masih lagi alasan jual ayam uncle bob saya tidak mahu terima dan tidak mahu percaya! Dengan terkulat-kulat dia duduk kembali di kerusi!
Tiba giliran Ainnur, remaja perempuan yang vogue dan nakal di kelas.Saya menyimpan niat untuk menegur perbuatannya yang membonceng motorsikal teman lelakinya setiapkali pergi dan pulang sekolah.Saya tahu kalau saya tegur dia dengan cara kasar jiwa mudanya yang rapuh akan semakin kacau.Jika saya mencari keburukannya sebagai point lagilah dia akan rasa malu dan terhina! Maka saya gunakan cara ini ,bahasa ini. Ainnur cikgu kalau boleh tak mahu masuk campur hal tepi kain kamu.Cikgu tahu cikgu tak ada hak melarang dengan siapa kamu nak berkawan dan bercinta.Sambil bercakap  saya memegang pergelangan tangannya dan mengusap-ngusap lembut.Tiada kemarahan yang saya akan kontarkan secara individu sebab saya takut bahasa marah saya akan menjatuhkan air mukanya di hadapan rakan rakan sekelas. Ainnur cinta itu suci,cinta itu kurniaan Allah pada manusia. Kalau kamu pilih untuk berkawan dengan Faiz pun tak nengapalah saya tidak mampu  melarang.Tapi Ainnur ......saya memandang tepat ke matanya! Yang ini sahaja hak saya ,iaitu menegur kalau kamu melakukan kesalahan .Naik motor. berpelukan itu dosa Ainnur, kamu bukan muhrim! Ainnur lepas ini tolong beritahu Faiz kamu tidak mahu lagi naik motor berpelukan.Cinta tetap cinta.Cinta mahal tanpa sentuhan!Betul tak Ainnur apa yang cikgu cakap! Lengannya terus kuelus,kemudian tangannya kugenggam,janji dengan cikgu esok jangan buat lagi.Aku memeluknya erat!Serta merta air matanya menitis laju. Berjuraian membasahi kelopak matanya yang ayu! Aku dapat melihat ketulusan dalam tangisan itu.Bukan tangis pura-pura! Benarlah kuasa cinta mampu melentur jiwanya sekurang-kurangnya untuk masa itu!Dia mengangguk lemah.
Pelajar-pelajar lain yang kerap ponteng nampak macam tak senang duduk. Mereka takut untuk bertentang mata dengan raksasa yang duduk di hadapan kelas. Apabila saya mengenakan syarat Hari Tanpa Suara siapapun tidak dibenarkan bercakap.
Semasa sesi Hari Tanpa Suara inilah saya akan memanggil pelajar bermasaalah sementara yang lain menyiapkan tugasan.Jika ada yang cuba menyampuk atau mencampuri urusan perbualan kami yang amat personal dan perlahan saya akan menjerit  Kamu diam  jaga tepi kain kamu dahulu sebelum sibuk jaga tepi kain orang lain!Alhamdulilah pelajar saya di kelas 4 Dinamik amat mengerti jika saya marah ,marah itu akan diakhiri dengan suatu penegasan!Penegasannya ialah I luv u so much dan ia diintrepasikan melalai sentuhan,renungan mata dan kadang kadang pelukan! Kepada semua pelajar saya di kelas 4 dinamik sebanyak mana marah saya pada anda sedalam itu lautan kasih saya pada anda!Insyaallah lepas ini kitakongsi cerita watak lain pula!Kepada Shahril semoga berjaya menjadi seorang tokoh korporat yang disenangi!Kepada Ainnur perjalanan masih jauh ,jaga diri hiasi peribadi. Awak tahu tak awak cantik sangat dan lebih cantik kalau awak menghiasi wajah awak dengan keimanan!Luv u so much!

Isnin, 18 Ogos 2014

Bersama insan tersayang yang selalu memberi kekuatan dalam hidup, suami Rahmat Dalimun dan anak Ahmad Solihin dan anak anak saudara Haikal Afiq dan Haffy Azry yang meningkat remaja

Inspirasi sebagai guru Sejarah dan Kesusasteraan Melayu pada zaman yang serba global dan glokal mencabar diri saya untuk berkongsi segalanya di sini. Saya amat mencintai profesyen ini.Berada di sekolah membuatkan jiwa rasa segar dan berada di rumah syukur alhamdulillah walaupun suami seorang yang bekerja dalam bidang aero angkasa namun persefahaman dan kasih sayang membuatkan saya bebas meluahkan rasa dan berkongsi segalanya.



Lagu Favourite Saya ( BATU BELAH BATU KONKRIT) cUBA DENGAR DAN RENUNGKAN MAKNANYA


lagu ini merupakan sebuah lagu yang unik nyanyian Azlina Aziz. Kenapa saya suka lagu ini .Jawapannya kerana lagu ini menceritakan dimensi dua zaman yang amat berbeza . Zaman dahulu dan zaman sekarang.Sebagai guru sejarah menerangkan tentang  zaman dahulu pada zaman sekarang amat sukar dan mencabar 












Foto di hadapan Muzium Arkeologi Lenggong




bersama Ketua Bidang Kemanusiaan sekolah kami yang sangat cool dan supportif Puan Mariah bt Ghanib yang turut menyertai Eksplorasi Warisan ini




Pedagogi Outdoor LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG


Kenangan bersama 4 Ibnu Sina SMK Jeram 2013 banyak mencetuskan inspirasi untuk saya menjadi seorang guru Sejarah yang relevan dengan zaman. Salah satu kaedah yang paling menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah kaedah pedagogi outdoor iaitu meneroka lokasi bersejarah secara berkumpulan. Foto di atas dirakamkan di Muzium Arkeologi Lenggong Perak. Kami menelusuri Sejarah "Perak Man" dalam tamadun awal manusia.Seronok! Real ! Cikgu kami sangat teruja! Perkataan perkataan itulah yang keluar di bibir comel mereka.Kami memulakan lawatan seawal jam 7.30 minit pagi. Anak anak murid saya duduk secara berkumpulan sejak berada di dalam bas lagi.Nama nama kumpulan mereka amat unik dan diinspirasikan mengikut nama nama dalam  buku teks Sejarah Tingkatan 4 antaranya Kumpulan Hatshepsut,Kumpulan Hwang Ho,Juliuos Caesar dll. For your information anak anak saya di kelas 4 Ibnu Sina merupakan pelajar aliran

Sains. Jadi cara saya mengajar mereka juga haruslah bercirikan saintifik, signifikant dengan semangat inkuiri dalam diri mereka. Percaya atau tidak walaupun berada dalam kelas Sains Tulin , Sejarah merupakan salah satu matapelajaran yang paling mereka minati. Sebelum mengikuti Eksplorasi Warisan ini mereka terlibat dalam penghasilan Monumen Sejarah menggunakan bahan terpakai atau kitar semula. Antara monumen yang mereka hasilkan ialah Taman Tergantung Babylon,Piramid,Bandar Terancang Tamadun Indus,dan Zigurat. BAHAGIA SANGAT DAPAT KELAS MACAM 4IBSINA 2013. ANDA SEMUA SANGAT KREATIF,INOVATIF , ANALITIS DAN KRITIS!